Pelakon dan juga model berkulit hitam manis, Haneesya Hanee baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia didakwa melakukan sumbang mahram oleh sesetengah netizen bermulut celupar.
Ini berikutan tindakan Haneesya memuat naik video dia melakukan senaman atau workout di sebuah gimnasium bersama adik lelakinya.
View this post on Instagram
Apa yang menjadi buah mulut netizen adalah apabila aksi Haneesya berada di hadapan sambil mengangkat beban berat manakala adiknya berada di belakang.
Maka dengan itu muncul kata-kata netizen yang berfikiran liar dan menuduh tindakan Haneesya dengan adik lelakinya itu tidak ubah seperti melakukan sumbang mahram.
Tidak berdiam diri dengan kejian netizen itu, Haneesya menerusi sebuah hantaran berlainan di Instagram tampil menjelaskan perkara sebenar dan turut memohon agar orang ramai berhenti daripada berkata benda yang bukan-bukan.
Dia juga meluahkan rasa penat dan kecewa dengan sikap netizen yang tidak habis-habis mencari ‘pasal’ dengan dirinya meskipun hanya beriadah bersama adik sendiri.
Sabarlah Haneesya..