Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pernah Pakai Baju Raya Hasil Sedekah Orang Ramai, Haneesya Hanee Terkenang Kenangan Hidup Susah

Haneesya Hani

Pelakon dan juga model, Haneesya Hani mendedahkan bahawa dia pernah melalui kesusahan hidup dengan menumpang di rumah orang serta tidak mampu  membeli baju raya baharu untuk menyambut lebaran.

Disebabkan kesempitan hidup, Haneesya atau nama sebenarnya Haneesya Sayed Sahlan,20, berkata dia dan adik hanya menggayakan baju raya hasil sumbangan orang ramai.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Haneesya menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk perkongsian bersama peminat.

“Saya pernah rasa tak mampu beli baju raya. Dahulu masa saya tengah susah tak ada rumah menumpang rumah orang, kita orang tahap yang nak beli baju pun tak mampu. Jadi apabila hari raya je rumah anak yatim akan panggil ibu tunggal untuk join jamuan berbuka puasa, dari situ dapatlah sikit duit raya..”

Ujar pelakon drama Curi-Curi Cinta itu lagi, dia kini boleh dikatakan hidup senang merasa terpanggil untuk melakukan perkara sama seperti yang dirasainya pada suatu ketika dahulu.

Sehubungan dengan itu, Haneesya telah mendermakan baju-baju raya peragaannya yang dipakai sekali kebanyakan untuk mereka yang memerlukan.

Hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat di luar sana, Haneesya turut berharap agar penerima baju yang bertuah dapat mendoakan rezekinya bertambah dari hari ke hari.

Terdahulu, bekas juara Dewi Remaja itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berasa malu menetap di flat kos rendah sejak berusia 12 tahun.

Meskipun ada yang mempersenda gaya hidupnya, Haneesya walau bagaimanapun tetap bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    May 11, 2021 at 1:48 pm

    PPRT yang pernah lupa diri…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top