(VIDEO)”Luluh Hati Tengok..” – Lelaki ‘Lalok’ Terajang Bapa Tiri Gara-Gara Tak Dapat Duit Beli Dadah

Berita

(VIDEO)”Luluh Hati Tengok..” – Lelaki ‘Lalok’ Terajang Bapa Tiri Gara-Gara Tak Dapat Duit Beli Dadah

Gara-gara berang kerana bapa tiri enggan memberikan wang untuk membeli dadah, seorang lelaki dilihat telah bersikap agresif apabila menendang dan memukul orang tuanya itu hingga cedera manakala si ibu di sisi hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan telah berlaku di Kampung Rua, Ya, Kedah kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Advertisement

Rakaman video aksi ganas tersebut turut menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dan amarah netizen.

Video berdurasi 30 saat itu menyaksikan lelaki tersebut yang dipercayai anak tiri kepada warga emas tersebut telah menendang bahagian dada bapanya itu sebanyak dua kali.

Berikutan itu, si ibu yang bersama suaminya itu telah meminta bantuan penduduk kampung agar melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

 

Lelaki terajang bapa tiriSumber : mStar Online 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji memaklumkan bahawa pihak polis ada menerima laporan dan menyatakan bahawa suspek tersebut telah masuk ke dalam rumah untuk tujuan meminta wang kepada mangsa.

Meminta wang dengan tujuan untuk membeli dadah, bapa suspek difahamkan enggan memenuhi permintaan lelaki itu dan mula bertindak agresif.

Menurut orang kampung, ini bukanlah kali pertama suspek bertindak memukul bapa tirinya jika enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli bahan terlarang itu.

Suspek dilaporkan telah ditahan pada jam 6.45 petang semalam di kawasan Lubuk Boi, Yan dan siasatan mendapati bahawa lelaki tersebut merupakan pesakit mental dan memegang kad orang kurang upaya (OKU).

Manakal si bapa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Selaput Dara tiruan dilarang penjualan
3 years ago

Penjualan Selaput Dara Tiruan Kini Dilarang, Pakar Bimbang Boleh Beri Masalah Mental Dan Keradangan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...