Penjualan Selaput Dara Tiruan Kini Dilarang, Pakar Bimbang Boleh Beri Masalah Mental Dan Keradangan

Berita

Penjualan Selaput Dara Tiruan Kini Dilarang, Pakar Bimbang Boleh Beri Masalah Mental Dan Keradangan

Platform e-dagang terkenal Malaysia, Shopee mengambil tindakan pantas dengan me-nyahsenarai produk ‘kontroversi’ iaitu selaput dara tiruan yang dijual secara meluas menerusi platform tersebut, lapor mStar Online.

Advertisement

Pihak Shopee menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap penjualan produk tersebut dan komited untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman membeli belah yang selamat dan boleh dipercayai.

Selaput Dara tiruanSumber : Shopee  

Sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang sebarang penyenaraian yang melanggar undang-undang atau dasar kami, tindakan segera terhadap penjualan produk tersebut dilakukan untuk melindungi komuniti Shopee.

Maklum mereka lagi, tindakan untuk mengeluarkan produk berkenaan daripada senarai jualan di platform Shopee dilakukan setelah kajian menyeluruh dilaksanakan selain pengguna boleh menghubungi Shopee jika menemui sebarang produk yang mungkin melanggar undang-undang.

Sementara itu, seorang pakar perubatan iaitu Dr Irma Izzati berkata penggunaan selaput dara tiruan boleh menyebabkan risiko yang tinggi wanita kepada jangkitan kuman dan keradangan.

selaput dara tiruanSumber : Shopee  

Ini kerana alat tersebut dimasukkan terus ke dalam ruang vagina di mana kita tahu ruang itu adalah persekitaran yang bersih dan mempunyai tisu yang lembut serta sensitif.

Ujar beliau, selaput dara (hymen) adalah selaput tisu yang nipis tiada fungsi penting dalam badan manusia dan tidak boleh dijadikan penanda aras seseorang wanita tersebut ‘suci’ atau tidak kerana setiap wanita dilahirkan berbeza.

Malah, alat seperti selaput dara tiruan boleh menyebabkan masalah mental kerana ia boleh mengakibatkan kemurungan kerana stigma masyarakat yang percaya seseorang wanita itu wajib ‘berdarah’ pada malam pertama.

selaput dara tiruan
2 years ago

Dakwa Boleh Kembalikan Keperawanan Wanita, Seller Rancak Jual Alat ‘Pecah Dara’ Tiruan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...