Kebiasaannya, kalau kita membeli barang secara dalam talian pastinya akan memeriksa terlebih dahulu ‘review’ atau ulasan pelanggan mengenai barang yang hendak dibeli.
Terutamanya barang yang dijual terlibat lebih murah, kenalah lebih berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab.
Perkongsian seorang individu di TikTok mencuri perhatian netizen apabila dia menunjukkan gelagat ibunya yang pertama kali membeli barang secara dalam talian.
Dalam video tersebut, ibunya telah membeli set kerusi dan meja yang ditawarkan dengan harga yang sangat murah.
Namun, apabila sampai, set perabot itu sebenarnya bersaiz kecil iaitu hanyalah ‘miniature’ dan bukan untuk kegunaan manusia.
Rupa-rupanya, ibu kepada individu itu telah tersilap beli dan menanggap set perabot itu bersaiz besar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat si ibu yang terpinga-pinga ketika mendapat barang yang di-‘order’ itu.
“Kesian mak, dah excited sangat dah tu. Sampai-sampai kecil betul!” komen seorang netizen.
Harap si anak belikan ibu set kerusi dan meja yang bersaiz betul la ya!