(VIDEO)”Jumpa Kat Syurga Anak Ibu”- Wanita Hamil 3 Anak Kembar Alami Keguguran Kerana Jatuh ‘Toilet’

Kehidupan

(VIDEO)”Jumpa Kat Syurga Anak Ibu”- Wanita Hamil 3 Anak Kembar Alami Keguguran Kerana Jatuh ‘Toilet’

Setiap wanita pastinya mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri apabila sudah mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.

Namun, jodoh dan ajal maut semuanya di atas ketentuan Ilahi dan setiap manusia akan diuji tidak melebihi kemampuannya sendiri.

Advertisement

Seperti satu perkongsian di TikTok ini, wanita bernama Kasih Laura ini ada berkongsikan kesedihannya berikutan telah keguguran akibat terjatuh di tandas.

Cerita Laura, dia telah hamil tiga anak kembar sebelum tragedi sadis itu menimpanya.

Dua daripada tiga anak kembarnya itu merupakan kandungan dalam rahim manakala seorang lagi berada di luar rahim namun tragedi jatuh di tandas telah meragut kebahagiannya sebagai seorang bakal ibu.

Laura juga menceritakan bagaimana dia disahkan kehilangan ketiga-tiga orang cahaya matanya itu sebelum menjalani rawatan susulan di hospital.

TikTokSumber : TikTok  

Saya jatuh toilet sebenarnya..lepas seminggu baru saya bleeding. Dia spotting brown je mula-mula beberapa hari lepastu baru cramp perut macam sengugut..

Sementara itu, dia juga telah menamakan ketiga-tiga bayi kembarnya itu dengan Mubasyir, Mustafa dan Mudasir dan berdoa agar dipertemukan kembali di syurga kelak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan agar Laura terus kuat semangat dan dikurniakan kesabaran dalam menghadapi dugaan itu.

2 years ago

Ibu Kandung Hilangkan Diri Begitu Saja, Rupanya Hospital Di JB Ini Jadi 'Lubuk Buang Bayi' Baru Dilahirkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...