Ibu Kandung Hilangkan Diri Begitu Saja, Rupanya Hospital Di JB Ini Jadi ‘Lubuk Buang Bayi’ Baru Dilahirkan

Kehidupan

Ibu Kandung Hilangkan Diri Begitu Saja, Rupanya Hospital Di JB Ini Jadi ‘Lubuk Buang Bayi’ Baru Dilahirkan

Siapa sangka, hospital boleh menjadi ‘lubuk buang bayi’ oleh ibu kandung mereka sendiri sebaik sahaja selepas dilahirkan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, itu yang berlaku di Johor Bahru di mana beberapa hospital di bandar itu menjadi ‘tempat pembuangan’ bayi yang berusia seawal kurang seminggu.

Advertisement

Difahamkan, bayi-bayi ini didapati telah ‘dibuang’ oleh waris mereka sendiri di beberapa hospital termasuklah di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin, kes pengabaian bayi di bandar itu seperti tiada kesudahan apabila ia didapati berlaku berulang kali pada setiap tahun.

Jelasnya dengan lebih terperinci, dalam beberapa kes yang berlaku sebelum ini, ibu kandung telah menghilangkan diri dari hospital dan meninggalkan bayi mereka begitu saja.

Selain itu, ada juga kes pengabaian di mana ibu kandung berkeras untuk tidak membawa pulang bayi mereka dan memberikan bermacam-macam alasan termasuk tiada tempat tinggal tetap.

Berdasarkan statistik pada tahun 2021, sebanyak 12 kes pengabaian bayi baru dilahirkan di hospital awam membabitkan 5 bayi lelaki dan 7 perempuan.

Jelas Adnan lagi, hanya dua daripada 12 kes terbabit terdiri daripada warga Indonesia.

Sementara itu, sehingga Mei 2022 sebanyak 3 kes pengabaian bayi yang dilahirkan wanita tempatan dilaporkan iaitu satu kes di HSI dan dua di HSA membabitkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan.

Menyedihkan, kebiasaannya bayi-bayi ini ditinggalkan kerana status mereka sebagai anak tidak sah taraf.

Justeru, menurut Adnan sukar bagi pihaknya untuk kesan ibu kandung atau waris bayi yang ditinggalkan kerana maklumat yang diberikan tidak lengkap.

Ada antara mereka yang sengaja tidak memberikan alamat lengkap manakala warga asing pula menggunakan pasport antarabangsa palsu ketika mendaftar di hospital berkenaan.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baru sehari bersalin anak meninggal
2 years ago

Bayi Umur Sehari Maut, Ibu Makan Ubat Bukaan Rahim Sampai Air Ketuban Tukar Jadi Warna Hijau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...