(VIDEO)”Ingatkan Dah Tak Psiko” – Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak Dituduh ‘Meroyan’ Oleh Mona Allen Gara-Gara Babak Cekik

Hiburan

(VIDEO)”Ingatkan Dah Tak Psiko” – Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak Dituduh ‘Meroyan’ Oleh Mona Allen Gara-Gara Babak Cekik

Baru-baru ini, aktres Mona Allen ada meluahkan rasa terkilan apabila dia mendakwa pelakon Iqram Dinzly terlalu ‘menjiwai watak’ sehingga tergamak mencekik lehernya begitu kuat ketika sedang berlakon dalam satu babak drama.

Kata Mona, Iqram seperti seorang ‘psiko’ dan menuduh Iqram meroyan seperti yang sering ditunjukkan aktor tersebut di dunia nyata dan media sosial Instagram.

Advertisement

“Lepasni jangan harap nak ada scene sama-sama lagi. Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali.” ujar Mona.

Berikutan itu, Iqram menerusi beberapa hantaran Instagram Story tampil menzahirkan perasaan sedih di atas kontroversi itu sehingga mengatakan ayat untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Iqram DinzlySumber : Instagram Iqram Dinzly  

Dalam IG Story itu, Iqram dilihat menangis teresak-esak dan berasa tertekan mengenai perkara itu serta enggan memberikan komen lanjut kerana tidka mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Dia juga reda dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pelakon wanita itu dan telah memaafkan Mona Allen.

Iqram dinzlySumber : Instagram Iqram Dinzly  

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan komen Caprice yang mengatakan kontroversi itu sengaja diadakan sebagai ‘marketing’ untuk mempromosikan drama tersebut kepada orang ramai.

2 years ago

"Bawak-Bawaklah Mengucap" - Video Zarina Anjoulie Cium Iqram Dinzly Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...