YouTuber dan pencipta kandungan penuh kontroversi dari Israel, Nas Daily baru-baru didakwa ‘kantoi’ mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negaranya sendiri.
Nas yang dilihat berbuat demikian kemudiannya cuba berselindung selepas aksinya dirakam oleh Jamel Jimmy yang kemudiannya memuat naik rakaman video berkenaan ke TikTok.
Perakam video berkenaan pada mulanya bertanya kepada Nas mengenai siapa bangsat yang dikatakan olehnya dan kemudian dijawab YouTuber itu “bangsat Israel”.
Video itu menjadi tular dan ramai netizen menganggap bahawa Nas sebagai seorang yang hipokrik dan dikutuk oleh pelayar video dari Filipina terutamanya berikutan dia pernah mencipta kontroversi di negara tersebut.
Enggan berdiam diri, Nas dilihat ada meninggalkan komen dan menuduh Jimmy hanya memanipulasi video tersebut.
Nas juga mendakwa bahawa dia orang Palestin Israel dan bukannya bangsat Israel.
Namun begitu, tiada siapa yang mempercayai Nas dan ramai menganggap apa yang dilakukan hanya untuk meraih populariti dan menaikkan namanya kembali.