Satu video menjadi tular di media sosial Twitter apabila pengusaha kek crepe terkenal dilihat sedang memberi panduan kepada pembeli yang beratur panjang di luar kedai miliknya.
Difahamkan, para pembeli yang datang haruslah membeli makanan vendor yang dikategorikan dengan beberapa nilai sebelum ‘layak’ membeli kek crepe yang dihasilkan olehnya.
Nak masuk kedai siap kena buat briefing.
Patut buat briefing safety ka apa ka. pic.twitter.com/8kgINReGI4
— ? M E R (@amer__aljeffrey) February 6, 2023
Antara nilai yang perlu dibeli pembeli adalah RM20, RM50 dan juga RM70 sebelum boleh membeli crepe dan kek yang lain.
Ia kemudiannya menjadi viral di media sosial sehingga menuai kritikan dalam kalangan netizen.
Meskipun ramai yang mengkritik usahawan berkenaan kerana mengadakan ‘briefing’ sebelum memasuki kedai untuk membeli belah, namun ada juga yang tampil ‘back up’ kerana merasakan itu adalah haknya sebagai penjual.
Kata netizen, ia mungkin diadakan kerana enggan pembeli membeli secara banyak ataupun ‘scalper’ dan orang lain yang lewat datang tidak dapat merasa kek crepe viral tersebut.