“Silap Besar Staff L*tus Main Dengan Aku..” – Usahawan Kek Dikecam Netizen Gara-Gara Mengeluh Tak Dibantu ‘Loading’ Barang RM5K Dalam Troli

Kehidupan

“Silap Besar Staff L*tus Main Dengan Aku..” – Usahawan Kek Dikecam Netizen Gara-Gara Mengeluh Tak Dibantu ‘Loading’ Barang RM5K Dalam Troli

Satu perkongsian media sosial TikTok baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen gara-gara seorang wanita bergelar usahawan kek dan pastri mengeluh kerana tidak dibantu memasukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta oleh staf sebuah pasaraya.

Dalam video itu, usahawan dan juga pensohor media sosial itu dilihat kesal dengan sikap staf pasaraya berkenaan yang tidak menghulurkan bantuan kepadanya gara-gara barang yang dibeli terlalu banyak.

Advertisement

Kita pi L*tus beli barang RM2,000,RM3,000, haritu beli RM5,000 sendiri tolak masuk. Punya belagak staf dia. Aku punya geram.

Pastu lalu sebelah kita jeling-jeling, buat kekwat dengan kita.

Dia dalam pada itu membandingkan tahap perkhidmatan pasaraya itu dengan kedai menjual kek yang diusahakannya pada ketika ini.

Sehubungan dengan itu, netizen mempersoalkan keperluan usahawan itu untuk mengadu dan membuat video mengenai isu itu memandangkan ia tidak termasuk dalam polisi mana-mana pasaraya di negara ini.

Dia compare dengan Lotus yang besar dengan kedai dia yang kecik? Laaa dia ni takkan pekerja Lotus keja nak angkut barang customer je?

Kata netizen lagi, mungkin juga wanita berkenaan terpaksa membuat video seperti itu bagi tujuan ‘marketing’ meskipun kelihatan tidak relevan untuk dipertikaikan.

“Cara macam mana nak dapatkan publisiti murahan. Buat content bodoh untuk naikkan view kedai” tulis seorang netizen lagi.

Viral lelaki mengamuk
1 year ago

(VIDEO) "Tak Pasal Abang Tu Kena Kecam" - Tular Lelaki Mengamuk Pegang Kayu Di Sekolah, Rupa-Rupanya...

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...