(VIDEO)”Bukan Hantu Tapi..”- Kecoh Penanggal Di Dungun, Penduduk Minta ‘Bersihkan’ Nama Kampung Mereka

Kehidupan

(VIDEO)”Bukan Hantu Tapi..”- Kecoh Penanggal Di Dungun, Penduduk Minta ‘Bersihkan’ Nama Kampung Mereka

Kecoh di media sosial TikTok sejak beberapa hari yang lalu mengenai satu rakaman Live memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirinya ternampak kelibat penanggal dan berada dalam ketakutan yang amat sangat.

Dalam video itu, wanita itu dilihat terkejut dan beristighfar beberapa kali kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Advertisement

Berikutan tularnya video tersebut, satu pasukan menjejak paranormal telah terpanggil untuk membuat siasatan di lokasi berkenaan yang terletak di Kuala Abang, Dungun, Terengganu.

Setelah diselidik dan beberapa temubual dilakukan dengan penduduk kampung, pasukan paranormal itu memaklumkan bahawa kejadian tersebut tidak pernah lagi dilaporkan berlaku sebelum ini.

Malah, semenjak video itu menjadi viral, penduduk kampung mula merasa takut serta tidak selamat. Kedai makan juga terpaksa ditutup awal dan menerima kesan negatif daripada cerita itu.

Homestay dan chalet serta perniagaan yang ada di kawasan itu akan menerima kesan yang sangat buruk di atas cerita yang diviralkan ni.

Oleh disebabkan itu, penduduk kampung juga telah meminta bantuan daripada pasukan paranormal tersebut bagi memohon orang ramai agar tidak menularkan kisah palsu berkenaan dan juga individu yang memuat naik video itu untuk ‘membersihkan’ nama kampung tersebut.

Difahamkan, penduduk kampung berangappan bahawa penanggal yang dilihat wanita itu sebenarnya ‘POK LONG’ (orang kurang sihat” yang sentiasa menyelubung kain pelikat diatas kepala.

Pok Long itu juga sering mendekati kenderaan yang berhenti di kawasan itu untuk meminta rokok.

“Mengikut info yang saya dapat hari ini pihak AJK kampung sudah membuat laporan polis di atas sebab ketenteraman kampung terganggu dengan hal diviralkan ini.” tulis Ossasuke Hikaru di Facebook.

faizal azumu berlakon
2 years ago

"Acting Mantap!" - Kelibat Faizal Azumu Berlakon Dalam Drama Sheila Rusly Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...