Kerap kali kita mendengar kisah wanita diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab di tempat dan pengangkutan awam.
Seperti yang dialami wanita ini, dia ada merakam pengalamannya berdepan situasi mencemaskan apabila pemandu e-Hailing yang dinaikinya tiba-tiba sahaja mengamuk.
Difahamkan, pemandu itu telah membawa seorang penumpang yang agak kurang ajar dan tidak semena-mena telah melepaskan kemarahannya kepada wanita itu.
Mujurlah wanita itu sempat merakam percakapan pemandu berkenaan yang bercakap kasar dan mengamuk sehingga membuatkan dia berasa ketakutan dan cuak.
Malah, pemandu berkenaan turut bertindak menghentak stereng dan meludah ke luar tingkap.
Video pendek itu ternyata telah mencetuskan perasaan bimbang dalam kalangan netizen terutamanya kaum wanita memandangkan lelaki itu adalah orang yang tidak dikenali dan mungkin akan mendatangkan bahaya jika individu itu bertindak keterlaluan.
“Ya Allah.. seramnya nak naik kalau sorang. Tah la kita tak kenal dia pastu nak mengamuk macam tu. Boleh jadi trauma.” luah seorang netizen.
Hati-hati ye kaum perempuan di luar sana. Sentiasa ‘update’ lokasi anda ketika menaiki kenderaan awam.