Tular di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai satu pergaduhan di sebuah pasaraya yang mana telah membabitkan seorang lelaki dan juga salah seorang staf yang bekerja di situ.
Dalam video tersebut, pelanggan lelaki itu dilihat telah mengherdik sambil menuding jari ke arah staf wanita tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan apakah sebab pergaduhan terjadi dan juga lokasi insiden berkenaan kerana tidak dinyatakan lanjut dalam video itu.
Pertelingkahan itu kemudiannya berjaya ditenangkan oleh beberapa orang pekerja pasaraya serta orang awam yang berada di tempat kejadian.
Staf wanita itu juga dilihat seperti sedang menangis dan dalam ketakutan setelah dimaki oleh pelanggan lelaki itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menganggap motif kejadian mungkin disebabkan oleh perebutan barang ataupun masalah peribadi.
“Berebut minyak masak la tu. Mamat tu nak beli lebih kot tapi tak boleh. 2 paket je dibenarkan.” komen seorang netizen.