“B40 Tapi Tekak Nak T20”- Sushi RM1 Jadi Topik Hangat Netizen, Dibandingkan Dengan Taraf Restoran Jepun

Kehidupan

“B40 Tapi Tekak Nak T20”- Sushi RM1 Jadi Topik Hangat Netizen, Dibandingkan Dengan Taraf Restoran Jepun

Perkongsian seorang individu di media sosial Twitter baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berikutan wanita itu dilihat ada mempersoalkan tahap kesegaran sushi yang dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam.

Kata individu itu, sushi yang dijual murah itu jarang sekali ‘fresh’ dan rasanya juga tidak sedap untuk dimakan.

Advertisement

Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah, manusia lalu lalang, dengan lampu spotlight panas.

Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan je kau jual seketul seringgit. Don’t fight me.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon berbeza telah dilontarkan netizen di mana ada yang bersetuju dengan pendapat individu itu dan ada juga yang merasakan makanan murah tidak patut dibandingkan dengan sushi yang dijual di restoran Jepun yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

TwitterSumber : Twitter  

Kata netizen, sushi tidak patut dijual dan dihidang dalam suhu panas kerana ia akan membuatkan makanan itu cepat basi dan berbau.

Dah banyak kali beli sushi orang Melayu buat. Selain nasi tu tawar, inti atas tu terlalu melimpah ruah cheese dan sos sampai muak. Boleh la sekali dua beli. Nak beli acap kali, tak kot.

Dalam pada itu, ada sesetengah berpendapat sushi yang dijual di gerai-gerai itu dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk makan di restoran Jepun dan sekali sekala merasai makanan negeri matahari terbit itu.

“Maaf, keinginan nak merasa sushi itu daripada kami yang tak mampu nak makan di restoran sushi. Dengan kewujudan sushi seringgit, setidaknya dapatlah merasa walaupun kualitinya tidak setanding lain. Dah miskin tu miskin je la. Benda murah harap rasa mahal. Dasar B40 tekak nak T20” komen seorang netizen.

twitter ajak vc
2 bulan lalu

Lelaki Tawar Servis S*ks RM5k Satu Malam, Dakwa Artis 'Sendu' Pernah Setuju Terima Tawaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...