Air dicincang tidak akan putus. Susulan kisah Azwan Ali disiasat kelmarin selepas laporan polis yang dibuat oleh adiknya sendiri, Ummi Halfida, semalam mereka berdua telah pun membuat satu sidang media untuk mengumumkan perdamaian.
Kalau anda malas untuk menonton video di atas, mungkin kata-kata Azwan Ali di sidang media semalam membolehkan anda memahami dengan lebih mendalam apa yang terjadi:-
Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan… Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak
Selama ini Ummi Halfida dan Azwan Ali sudah pun tidak bertegur sapa selama 7 tahun. Hikmahnya terjadi perkara ini ialah mereka berdua telah berbaik semula. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus kekal mesra untuk selamanya.Kalau nak bergaduh, ingatlah ibu anda berdua.
Apa pun, kepada pengikut Twitter Azwan Ali, Azwan Ali telah berjanji yang dia tidak akan menulis tentang politik lagi selepas ini. Jangan ada yang kecewa pulak. Hehehe.
Toya
January 19, 2012 at 11:14 pm
korang gaduh adik beradik, apsal tetiba Anwar Ibrahim pulak dikait sama… confius aku.
rojak
January 19, 2012 at 10:45 pm
propa je dia nih. nnt isu lain pulak kuar, cerita pasal berapa kali dia pegi haji pulak dia jawab
Wan Z
January 19, 2012 at 9:58 pm
adoi….kesian Azwan….ada adik yg suka glamour dan propa
Nisha
January 19, 2012 at 9:03 pm
Semoga azwan ali benar2 insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan dia lg. Sebusuk mane pun adik beradik anda, dia tetap darah daging anda sendri. Jangan cepat menunding jari menyalahkan org lain sedangkan sepatutnya kita melihat dahulu kesalahan kita.Jaga la percakapan dan tutur kata kerana disebabkan mulut badan binasa. Hope azwan ali dpt jadikan perkara ni sbg satu pengajaran supaya dpt berubah ke arah yg lebih baik dan diredhai Allah.
haha
January 19, 2012 at 8:51 pm
elok la tu azwan ali.. kata dah g tanah suci. nk sucikan diri.. kecik hati ibu kalau darah daging sendiri b’sengkata hanya kerana ego diri sendiri.