Air dicincang tidak akan putus. Susulan kisah Azwan Ali disiasat kelmarin selepas laporan polis yang dibuat oleh adiknya sendiri, Ummi Halfida, semalam mereka berdua telah pun membuat satu sidang media untuk mengumumkan perdamaian.
Kalau anda malas untuk menonton video di atas, mungkin kata-kata Azwan Ali di sidang media semalam membolehkan anda memahami dengan lebih mendalam apa yang terjadi:-
Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan… Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak
Selama ini Ummi Halfida dan Azwan Ali sudah pun tidak bertegur sapa selama 7 tahun. Hikmahnya terjadi perkara ini ialah mereka berdua telah berbaik semula. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus kekal mesra untuk selamanya.Kalau nak bergaduh, ingatlah ibu anda berdua.
Apa pun, kepada pengikut Twitter Azwan Ali, Azwan Ali telah berjanji yang dia tidak akan menulis tentang politik lagi selepas ini. Jangan ada yang kecewa pulak. Hehehe.
gayah
January 25, 2012 at 9:26 am
xtau mcmana dia fikir tentang perasaan mak…..sbb diaorg x kahwin, gila publisiti.
Ya
January 21, 2012 at 10:15 pm
Tutup jelah terus Twitter tu. Semak !
sepultura says
January 21, 2012 at 6:25 am
Azwan..kau kena tanya kenapa ujian, bala & musibah ni datang bertimpa-timpa kat keluarga kau, azman, azmin, umi hafilda, kak long, kak lang & mak tom. Muhasabah lah keluarga korang. Siapa yang makan duit haram, tak akan kekal tenang hidup di dunia. Mulut mencerminkan hati, bersihkan lidah. Dosa dengan tuhan, Allah boleh ampunkan. Dosa dengan manusia, sempat ker minta ampun. Berapa banyak orang-orang yang kau dah bergaduh ? Ogy, Aznil, Didi Alias, Ifa Raziah, Roslan Shah, Sheila Rusly, ASTRO, RTM, TV3…..kau fikir mereka ni tak sumpah seranah kau. Semoga kau bertaubat…
a jugak
January 25, 2012 at 2:26 am
Yg paling byk makan duit haram sudah tentulah azmin penyokong kuat anwaraljuburi