(VIDEO) “Wow Hidup Baru” – Nad Zainal Buat Live TikTok, Akui Hampir Gila Sebab Tak Jumpa Anak Ketika Di Hospital

Trending

(VIDEO) “Wow Hidup Baru” – Nad Zainal Buat Live TikTok, Akui Hampir Gila Sebab Tak Jumpa Anak Ketika Di Hospital

Semalam, pelakon Nad Zainal dilaporkan ada membuat sesi siaran langsung (Live) di TikTok setelah sebulan menerima rawatan di hospital akibat pendarahan paru-paru.

Kelihatan masih lemah dan mengah, Nad berkongsi mengenai keadaan ibu bapanya serta anak-anak ketika dia berada dalam fasa tidak sedarkan diri.

Advertisement

Ujarnya, tak dinafikan ibu bapanya berada dalam keadaan tertekan kerana diasak soalan mengenai keadaannya namun kehadiran pelakon Ungku Ismail sedikit sebanyak membantu.

Saya gembira, keberadaan dia dapat menjelaskan keadaan saya yang waktu itu tak berupaya untuk bercakap. Keluarga pun stress. Jadi saya nak ucapkan terima kasih kat you (Ungku Ismail).

Nad juga sebak berkongsi reaksi anak-anak yang melihat keadaannya kembali pulih.

@nad.zainal

Assalamualaikum semua #nadzainalchallenge

? bunyi asal – Nad Zainal – Nad Zainal

Saya sering terfikir, bilakah dapat keluar? Malah saya ingat tak dapat balik dah, saya hampir gila kerana tak dapat berjumpa anak-anak.

Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som, dia tunjuk dan cakap mummy, mummy!

Menganggap peluang untuk kembali sembuh seperti ‘kehidupan yang baru’, Nad juga berjanji akan berkongsi apa yang terjadi sepanjang menjalani rawatan di kemudian hari.

Dia juga memberitahu akan berehat panjang dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan selain lebih menghargai kehidupan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad Zainal Ungku Ismail
2 years ago

(VIDEO) Agak Lama Tak ‘Update’, Ungku Ismail Maklum Perkembangan Terkini Nad Zainal - "Dia Masih Lagi..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...