(VIDEO) Agak Lama Tak ‘Update’, Ungku Ismail Maklum Perkembangan Terkini Nad Zainal – “Dia Masih Lagi…”

Hiburan

(VIDEO) Agak Lama Tak ‘Update’, Ungku Ismail Maklum Perkembangan Terkini Nad Zainal – “Dia Masih Lagi…”

Pelakon Ungku Ismail semalam telah mengemaskini perkembangan pelakon Nad Zainal yang kini masih dirawat di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan di paru-paru.

Ungku dilihat telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya dan memaklumkan bahawa Nad kini berada dalam fasa pemulihan selain memohon doa orang ramai agar rakannya itu cepat sembuh.

Advertisement

Nad masih lagi dalam recovery process. Dia dalam keadaan baik, Alhamdullilah.

Dalam pada itu, Nad juga menjawab soalan netizen yang bertanyakan sama ada aktres itu pernah mencuba rawatan perubatan Islam bagi mengubati penyakitnya itu.

…ada dari hari kedua lagi memang dah buat dah. Ayah dia memang dah usahakan. Tapi kita memang ada cuba dari awal lagi, dan memang berulang kali.

Ada yang minta pusat tahfiz doakan dia, ada. Ada minta berikan air zam-zam, ada juga. Itu semua ikhtiar.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Official Hlive, satu majlis doa selamat dan bacaan yasin bakal diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada hari ini bermula jam 6.45 petang nanti dan orang ramai dijemput hadir.

Terdahulu, Nad Zainal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekitar hujung November lalu disebabkan jangkitan kuman di paru-parunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Radhi Oag
1 year ago

“Dia Memang Sempoi” - Radhi OAG Bercinta Dengan Gadis 21 Tahun, Harap Ini Yang Terakhir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...