“Dia Memang Sempoi” – Radhi OAG Bercinta Dengan Gadis 21 Tahun, Harap Ini Yang Terakhir

Hiburan

“Dia Memang Sempoi” – Radhi OAG Bercinta Dengan Gadis 21 Tahun, Harap Ini Yang Terakhir

Vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang wanita berusia 21 tahun.

Menurut Radhi, wanita itu kini masih melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan masing-masing berada dalam fasa perhubungan yang serius.

Advertisement

Namun begitu, Radhi lebih selesa untuk ‘kunci mulut’ kerana ingin memberi laluan kepada kekasihnya itu untuk fokus dalam pelajaran terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa mendirikan rumah tangga.

Kalau boleh saya tak nak share sangat, tapi biarlah yang ketiga ni adalah yang terakhir. Kalau dah tiba masa nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

Cerita Radhi lagi, wanita pilihannya itu seorang yang sempoi, tidak mempunyai media sosial dan sememangnya idaman di hati penyanyi itu.

Meskipun jarak umur lebih 20 tahun, Radhi menegaskan bahawa dia terbuka hati untuk bercinta dengan wanita yang lebih muda kerana kekasihnya itu menerima dirinya seadanya.

Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

Terdahulu, Radhi OAG mengaku tidak bersalah di atas dakwaan mencederakan bekas isteri, bertempat di parkir Emporis Menara di Kota Damansara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fuad rahman
1 year ago

"Tiada Istilah Dalam Proses" - Individu Dakwa Fuad Rahman Masih Suami Orang, Nombor Pendaftaran Cerai Di Singapura Tak Wujud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...