Baru-baru ini tular satu video perkongsian di TikTok di mana warga kampung menghalau seorang wanita kerana memiliki dua orang suami dalam satu masa.
Video tersebut menunjukkan penduduk di situ berkumpul di depan rumah wanita berkenaan untuk menghalaunya keluar bersama dengan dua orang lelaki yang dipercayai suaminya.
Dikatakan orang kampung menghalau wanita itu kerana tidak mahu bersubahat dengan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran agama itu.
Ini kerana wanita tidak pernah diberikan kebenaran dalam agama untuk berkahwin lebih daripada satu, dan mencegah dengan tangan itu sesuatu yang disarankan dalam agama jika perbuatan seseorang itu melampau.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan netizen menyokong tindakan penduduk kampung tersebut kerana takut dengan kemurkaan Allah SWT.