“Wanita Ahli Syurga..” – 5 Tahun Bermadu, Wanita Akui Poligami Itu Indah Buat Netizen Kagum

Kehidupan

“Wanita Ahli Syurga..” – 5 Tahun Bermadu, Wanita Akui Poligami Itu Indah Buat Netizen Kagum

Sedia maklum, poligami sememangnya dibenarkan untuk lelaki beragama Islam sekiranya mereka mampu untuk menanggung wanita-wanita yang dikahwini. Bukan hanya menanggung, malah jaga dari segi kebajikan dan bersikap adil.

Bagaimanapun, tidak semua wanita mampu untuk menerima perkara ini dan untuk mengikhlaskannya sememangnya satu perkara yang susah.

Advertisement

Tetapi, apa yang dirasai wanita ini sememangnya membuatkan ramai berasa kagum kerana dia mampu untuk reda apabila bermadu.

Melalui video yang sedang tular di TikTok itu, wanita berkenaan memberitahu dirinya lebih rela jika si suami berkahwin dengan wanita lain daripada berlaku curang dibelakangnnya.

Dalam pada itu, dia turut berkata seandainya si isteri menerima dengan hati yang terbuka, maka wanita itu akan berasa lebih bahagia, tambah pula sang suami bersifat adil.

Menurut wanita itu lagi, kerana sudah 5 tahun tinggal bersama-sama madunya, hubungan mereka kini sudah seperti adik beradik. Malah, jika pulang ke kampung mertua, mereka akan tidur di satu tempat yang sama.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen mereka berasa kagum dengan wanita itu kerana tidak semua wanita mampu untuk menerima apa yang sedang dilaluinya dengan ikhlas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

pakej katering tipu scam
6 bulan lalu

'Scam' Bakal Pengantin Hampir RM53k, 'Wedding Planner' Ditahan Polis Lepas Tukar Nama Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...