Sebuah video tular di media sosial menunjukkan dua pasangan remaja melakukan aksi tidak senonoh dan membahayakan ketika di jalan raya.
Menerusi rakaman dimuat naik di Instagram itu, mereka yang menaiki sebuah motosikal dan tidak memakai helmet itu dilihat bercumbuan.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di daerah Bulukumba, di Sulawesi Selatan dan lelaki yang menunggang dilihat meletakkan tangan kirinya di kepala wanita tersebut sambil kepalanya dipusingkan sedikit ke belakang beberapa kali untuk menciumnya.
Difahamkan, pihak polis kini sedang mengesan pasangan tersebut kerana kesalahan yang mereka lakukan itu.
Ketua Polis Trafik Bulukumba, AKP Andika berkata, pihaknya sudah diarahkan untuk menjejaki kedua-duanya. Katanya lagi, kesalahan paling utama adalah mereka tidak memakai topi keledar.
Tambahnya, bagi kesalahan tindakan mencium ketika menunggang motosikal itu pula akan diserahkan kepada polis Bulukumba. Bagaimanapun, pasangan tersebut dilaporkan telah pun menyerah diri selepas mendapat tahu video tersebut tular di internet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.