“Tak Kelakar, Kalau Mati Macam Mana” – Tok Imam Paksa Pencuri Jadi Jenazah, Siram Dengan Air & Kapur Barus

Kehidupan

“Tak Kelakar, Kalau Mati Macam Mana” – Tok Imam Paksa Pencuri Jadi Jenazah, Siram Dengan Air & Kapur Barus

Tular di media sosial sebuah video rakaman menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung masjid telah ditangkap.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Jalal Misai di Twitter itu, lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap oleh orang ramai dan diberikan hukuman serta mereta.

Advertisement

Boleh dilihat di dalam video, dia dipaksa untuk baring dalam ruang memandikan jenazah dan dikelilingi beberapa penduduk serta seorang lelaki lengkap berserban, dipercayai ‘Tok Imam’ masjid terbabit.

 

Kena lumur kapur barus

Suspek terbabit kemudian ‘dimandikan’ oleh orang ramai dan Tok Imam turut dilihat menggunakan getah paip itu untuk memukulnya beberapa kali.

Menurut Sinar Harian, dalam situasi tegang itu, tok imam dilihat menyiram lelaki tersebut dengan air serta melumurnya dengan kapur barus sebelum mukanya ditutup dengan kain oleh penduduk di tempat kejadian.

Biar kau insaf!”

 

Netizen berbeza pendapat

Menjengah komen di Twitter, netizen dilihat memberikan berbeza pendapat di mana ada yang berasa tindakan tok imam dan penduduk itu kelakar.

Menurut mereka, pencuri seperti pemuda itu memang sepatutnya diperlakukan sebegitu supaya menginsafkannya. Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat mereka tidak boleh mengambil tindakan sendiri sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa.

Ada yang menegur bahawa tindakan tersebut kasar dan melampau selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas memandangkan mereka ada menyiram air di bahagian mukanya.

11 bulan lalu

"Anak Saya Perlu Handphone Untuk Sekolah" - Bapa Curi Duit Tabung Masjid, Janji Bayar Semula Dalam Setahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    January 15, 2022 at 12:42 pm

    @Anonymous jugak.
    So ko rasa aman je ke tgok org muda jadi pencuri sebb nak beli dadah? Mencuri dosa besar pak imam bg hukuman sbg pengajaran. X ada dia menghukum sesuka hati. Isu nya bukan siapa dekat dgn pintu syurga, pak imam pn ada tanggungjawab jaga duit masjid, klu dia x bertegas mestilah pencuri perkotak katikkan. Ko ingat penagih dadah ni boleh bagi muka ke, bila dia dh smpai yeruk ketagih, dia boleh ancam nyawa kita lah. X baca berita ke, sebab syabu sangguo membunuh

  2. PenungguGua

    January 13, 2022 at 10:05 am

    Kelakar baca komen yg ramai2 ni… Tak kena diri sendiri takpe la, cuba kalau harta kita kena curi.. ni pulak harta awam.. call polis, tangkap, gi mahkamah, muda2 masuk penjara, x kesian pulak rosak masa depan org tu? Tp takat bg hukuman mcm ni biar dia insaf, org lain pulak nak marah2.. Mak bapak zaman moden, kalau anak2 mencuri jenis yg tak bagi hukuman kot..tanya baik2, pastu esok2 anak mencuri lg.. Zaman sekarang dah tak kenal apa itu “mendidik”.. Eh takde pulak ikon smirk face aku nak buh kat sini

Loading...