Baru-baru ini, tular di platform TikTok yang memaparkan kegigihan penyanyi Bienda berniaga di tepi jalan dan disebabkan itu, beliau memberitahu ramai pihak menghubunginya kerana menyangka dia kini dalam situasi susah.
Bagaimanapun, menurut Bienda atau nama sebenar Nor Razlinda Razli ketika dihubungi oleh pihak mStar, gelarannya sebagai seorang selebriti bukanlah penghalang untuk beliau menceburi bidang baharu.
Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok mahu menolong.
@jimtoncet Support kak Cik ni & link below https://m.facebook.com/papapauJK/ owner nama Bienda Lavienda. #pau #fyp #jalankuching ? original sound – Nazim (Jim) Hilmi
Difahamkan sebelum ini, terdapat seorang pemuda memuat naik satu video di platform TikTok yang memaparkan seorang wanita jelita sedang berniaga pau dan rata-rata memuji kerana sanggup berpanasan demi mencari rezeki.
Oleh kerana video terbabit telah viral, Bienda tak sangka perniagaannya yang diusahakan sejak Disember 2021 makin mendapat sambutan ramai, malah peminatnya dari jauh sanggup datang untuk merasa pau yang dijual olehnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.