Gaji ‘Private Tutor’ Cecah RM27,000 Sebulan, Netizen Kata Ramai Dah Salah Pilih Karier

Hiburan

Gaji ‘Private Tutor’ Cecah RM27,000 Sebulan, Netizen Kata Ramai Dah Salah Pilih Karier

Laman media sosial Instagram Malaysian Pay Gap kini menjadi tumpuan netizen apabila ramai yang berkongsikan mengenai gaji, pengalaman dan jenis pekerjaan oleh individu secara rahsia.

Dalam setiap perkongsian yang dimuat naik akaun Instagram itu, ramai yang meminta pendapat sama ada mereka diklasifikasikan sebagai ‘underpaid’ ataupun tidak.

Advertisement

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang individu berkongsikan mengenai pekerjaannya sebagai tutor peribadi dan memperoleh gaji sebanyak RM27,000 sebulan! Wow, banyak tu!

Jelas individu itu lagi, dia telah bekerja selama 5 tahun dalam bidang tersebut meskipun mempunyai pendidikan tahap ‘degree’ dalam bidang jurutera kimia.

Dia kemudiannya menukar bidang pengajian peringkat ‘master’ dalam bidang pendidikan dan bergelar cikgu tutor ketika ini.

Katanya, seseorang perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini dan bekerja 7 hari seminggu selama 8 hingga 9 jam sehari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan mereka sudah ‘tersalah’ pilih karier dan tidak menyangka pekerjaan menjadi seorang tutor memperoleh gaji sebanyak ini.

Komen Twitter

Meskipun begitu, ada juga yang merasakan ianya tidak masuk akal untuk memperoleh gaji sebanyak itu namun tidak mustahil untuk dicapai.

Model baju raya
2 years ago

"Kenapa Mesti Orang Putih?" - Pereka Fesyen Dikecam Bagi Jawapan 'Lebih Kurang' Isu Model Baju Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...