Semalam, pendakwah selebriti PU Azman telah didakwa di mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan di atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki yang berusia 16 dan 17 tahun pada Februari dan Julai lalu.
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berikutan itu, ramai peminat dan juga netizen berasa terkejut apatah lagi apabila penyanyi rap terkemuka, Caprice ada mendedahkan mengenai pengakuan mangsa yang mendakwa mereka telah diganggu PU Azman.
Wtf! Pu azman??!!!? pic.twitter.com/ZEEkxWiZk4
— _ (@Ekax_) October 12, 2022
Pendedahan itu dikongsikan Caprice menerusi Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.
Dalam hantaran tersebut, seorang remaja lelaki menunjukkan video perbualan bersama PU Azman di mana pendakwah itu memintanya untuk membuat panggilan video dan soalan berbaur lucah.
Terdahulu, PU Azman atau lebih mesra disapa sebagai Cikman juga sempat bercakap kepada media setelah membayar wang jaminan di mana dia mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.
“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam.” ujarnya ringkas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.