PU Azman Didakwa Lima Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki

Hiburan

PU Azman Didakwa Lima Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki

PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Shah Alias, 41, telah didakwa berikutan lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun lalu.

Menerusi sumber, PU Azman dapat dilihat hadir ke Mahkamah Seksyen Seremban dengan memakai kurta berwarna biru gelap serta diiringi pihak berkuasa.

Advertisement

Berdasarkan tiga pertuduhan, PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara perbuatan lucah melampau.

Perbuatan itu dikatakan berlaku di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu antara pukul 3 hingga 5 pagi.

Selain itu, Cik Man juga berdepan dengan dua pertuduhan lain melibatkan remaja lelaki berusia 16 tahun.

Kesalahan terhadap remaja itu difahamkan berlaku pada 5 Februari lalu di lokasi yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Susulan kes berkenaan, Cik Man didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

PU Azman walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Dalam pada itu, pendakwah terkenal tersebut turut membayar kos jaminan yang dikenakan pada pukul 2.40 petang tadi serta tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

Selebriti Lelaki Terkenal Umur 40-an Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Individu Bawah Umur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...