Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebaagai Zati Shahril memaparkan suaminya, Putera Danial bersama anak perempuan mereka telah medapat perhatian daripada orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat suaminya yang sedang memangku anak mereka yang kurang sihat dan sedang menangis kerana berasa tidak selesa dipercayai akibat daripada hingus yang menyumbat hidung sekaligus menyukarkan pernafasan anak kecil itu.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila suaminya itu bertindak menyedut hingus di dalam hidung anak perempuan itu tanpa berasa geli.
Jadilah ibu bapa yang tidak pernah kau miliki..
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 629.8K tontonan dan 50.5K tanda suka di laman TikTok.
@zati.shahril Be the parent you never had @puteradanial18
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan suaminya itu dan ada juga yang berkongsi kenangan lama apabila turut pernah dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Untung dapat suami macam ni, tak semua rela nak buat macam ni – Netizen.
“Ibu kita pun buat macam ni, pastu selalu pesan dengan kitorang bila ada anak nanti jangan geli geli, sebab dulu ibu selalu buat korang macam tu,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.