(VIDEO) “Malu Kawan Tengok..” – Anak Enggan Bawa Duit Syiling Ke Sekolah Buat Ibu Sebak

Kehidupan

(VIDEO) “Malu Kawan Tengok..” – Anak Enggan Bawa Duit Syiling Ke Sekolah Buat Ibu Sebak

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak perempuannya bernama Qaseh yang ingin berangkat ke sekolah.

Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu telah diberikan duit syiling sebagai duit belanja di sekolah namun menolak pemberian duit itu daripada ibunya.

Advertisement

Difahamkan, anaknya malu dilihat oleh rakan-rakan kerana membawa duit syiling sebagai duit belanja ke sekolah.

qaseh

Tak nak lah bawak duit syiling.. Qaseh malu sebab kawan semua tengok Qaseh kira duit syiling.

Meninjau di ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak itu menjelaskan bahawa anaknya malu bukan kerana diejek tetapi berasa segan kerana perlu mengira duit syiling di hadapan mereka.

Sebelum ni dia bawak je duit syiling.. zaman dulu 20 sen dah banyak, sekarang RM2 pun apa je boleh dapat.

@mama_dira_

mungkin ramai sangat kawan yg pandang pelik bila kakak kira duit syiling tu dia segan..#masukberanda #xyzbca #masukberandafyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #kesian #kakak #sayanganak #fyp??viral #fyp? #fypage

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Malah, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang sebak melihat perkongsian video itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Kita dulu bawa duit syiling je pergi sekolah, – Netizen.

Jangan la malu dik… Aunty pun sampai sekarang still guna syiling tau,” tulis seorang pengguna tikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tehtarik
2 years ago

(VIDEO) Lupa Nak 'Off Mic', Pelajar Kantoi Tengah Lepak Mamak Masa Kelas 'Online'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...