(VIDEO) Tular Rakaman Ketika Buat ‘Sound Check’, Netizen Dakwa BCL Mengandungkan Anak Ariel Noah?

Hiburan

(VIDEO) Tular Rakaman Ketika Buat ‘Sound Check’, Netizen Dakwa BCL Mengandungkan Anak Ariel Noah?

Tidak semena-mena nama penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL hangat menjadi bualan netizen di negara seberang.

Ia susulan satu rakaman video tular mempamerkan penyanyi itu ketika sedang sound check dan perutnya menjadi perhatian warganet terutamanya peminat BCL dan Ariel.

Advertisement

Peminat BCL dan Ariel sering mengaitkan mereka dan mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa. Disebabkan itu, perut BCL yang dikatakan buncit didakwa merupakan ‘baby bump’.

Malah, nama Ariel turut terpalit dalam gosip tersebut apabila netizen mendakwa BCL buncit kerana mengandungkan anak vokalis Noah itu.

Sementara itu, menurut portal tempatan ada netizen yang berharap Ariel dan BCL sudah berkahwin jika benar penyanyi Cinta Sejati itu hamil.

Bagaimanapun, agak ramai warganet mentertawakan mereka yang membuat dakwaan sebegitu serta sempat berseloroh tentang perut BCL. Kata mereka, perut itu mungkin sedikit buncit kerana BCL baru sahaja lepas makan.

Setakat artikel ini ditulis, BCL dan Ariel masing-masing belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mahu pun memberikan respon terhadap gosip yang kini tular di negara itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BCL dan Ariel berpeluk
2 years ago

Aksi Mesra Rangkul Peha Atas Pentas Bikin Netizen 'Panas', Gesa BCL & Ariel Disatukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...