Aksi Mesra Rangkul Peha Atas Pentas Bikin Netizen ‘Panas’, Gesa BCL & Ariel Disatukan

Hiburan

Aksi Mesra Rangkul Peha Atas Pentas Bikin Netizen ‘Panas’, Gesa BCL & Ariel Disatukan

Baru-baru ini, penampilan penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari serta Ariel Noah di Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung telah menarik perhatian ramai.

Kedua penyanyi hebat ini telah berganding bersama dalam menyanyikan lagu yang memang didengari ramai iaitu Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

Advertisement

Persembahan mereka ketika itu sememangnya memukaukan peminat ketika itu. Namun selain daripada persembahan hebat yang dipersembahkan, aksi mesra mereka berdua di atas pentas itu juga telah menarik perhatian.

Memetik dari laporan Suara, pada awal persembahan yang dipersembahkan, mereka hanya menyanyi sambil memegang tangan dan membalas pandangan di antara satu sama lain.

Adegan yang paling membuatkan ramai netizen berasa terkejut apabila melihat ahli kumpulan NOAH itu merangkul paha BCL di atas pentas yang disaksi oleh orang ramai.

Melihat aksi mesra yang dipaparkan ketika itu, ramai peminat mendoakan agar mereka disatukan bersama satu hari kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

REZA BCL
2 years ago

Panggil 'Sayang' Dan Tunjuk Aksi Mesra, Netizen Mahu Reza Rahadian Dan BCL Jadi 'Couple'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Suara

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...