Panggil ‘Sayang’ Dan Tunjuk Aksi Mesra, Netizen Mahu Reza Rahadian Dan BCL Jadi ‘Couple’

Hiburan

Panggil ‘Sayang’ Dan Tunjuk Aksi Mesra, Netizen Mahu Reza Rahadian Dan BCL Jadi ‘Couple’

Penyanyi terkenal Indonesia dan juga Malaysia, Bunga Citra Lestari (BCL) baru-baru ini ada mencuri tumpuan warga maya apabila sebuah video memaparkan dia bersama pelakon Reza Rahadian sedang bersama dalam sebuah majlis yang diadakan pada 5 Mac lalu.

Memanggil Reza dengan panggilan ‘sayang’, BCL ternyata telah membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada dia kini sedang berhubungan cinta dengan aktor kacak itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, mereka berdua kelihatan mesra sambil diiringi lagu cinta berjudul Kasmaran yang sedang dipersembahkan oleh penyanyi popular Jaz Hayat.

Maka dengan itu, ramai pula peminat yang memberi cadangan agar kedua-duanya menjalin hubungan kerana BCL juga telah lama kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair sejak dua tahun yang lalu.

Namun ada juga yang tidak bersetuju kerana merasakan BCL lebih sesuai bergandingan dengan vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel.

Sebelum ini, BCL dan Reza pernah berlakon bersama dalam filem-filem Indonesia seperti Habibie dan Ainun, My Stupid Boss dan My Stupid Boss 2.

Sekadar info tambahan, Bunga Citra Lestari dan juga Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Ashraf Sinclair kemudian dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta Indonesia.

3 years ago

'Jangan Risau Pasal Kami' - Genap Setahun Pemergian Suami, Ucapan Bunga Citra Lestari Bikin Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...