(VIDEO) Tular Pelajar Perempuan Belajar Bawah Lampu Jalan Di Tepi Kolej Pada Waktu Tengah Malam – “Moga Dekan Setiap Sem”

Kehidupan

(VIDEO) Tular Pelajar Perempuan Belajar Bawah Lampu Jalan Di Tepi Kolej Pada Waktu Tengah Malam – “Moga Dekan Setiap Sem”

Tular satu rakaman di laman media sosial, TikTok memaparkan seorang pelajar universiti gigih dan bersemangat untuk belajar meskipun hanya berbekalkan lampu jalan.

Menerusi video tersebut, pelajar perempuan itu dirakam sedang duduk di atas longkang yang bertutup dengan hanya berbekalkan meja lipat kecil dan lampu jalan di tepi kolej.

Advertisement

 

Semoga dekan setiap semester

Menurut pemilik akaun TikTok terbabit, video itu dirakam olehnya sekitar jam 11.30 malam di Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh, Johor dan ia telah meraih perhatian ramai warganet di TikTok.

Ramai yang memujinya kerana tidak menganggu rakan sebilik yang perlu tidur dan memilih untuk mengulang kaji pelajaran di luar.

Bagus, taknak kacau roommate tidur. (Saya) doa dekan setiap semester. Amin.

Rata-ratanya mendoakan agar pelajar perempuan tersebut memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya pada suatu hari nanti hasil daripada kegigihannya ini.

@ameirfann♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa

 

Ramai puji keberanian

Dalam pada itu, ada yang mempersoal keberanian pelajar tersebut berada di luar berseorangan pada waktu tengah malam dan seorang individu turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama.

Aku try sekali ja kat kolej dulu. Nampak kak ponti terus dok dalam bilik.

komen

qila
7 months ago

"Terimalah Ketidakpastian.." - Pelajar Melayu Harungi Pelbagai Cabaran Demi Belajar Bahasa Cina, Berjaya Masuk Universiti Terbaik China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...