“Terimalah Ketidakpastian..” – Pelajar Melayu Harungi Pelbagai Cabaran Demi Belajar Bahasa Cina, Berjaya Masuk Universiti Terbaik China

Kehidupan

“Terimalah Ketidakpastian..” – Pelajar Melayu Harungi Pelbagai Cabaran Demi Belajar Bahasa Cina, Berjaya Masuk Universiti Terbaik China

Seorang pelajar berbangsa Melayu telah berjaya menghabiskan dua tahun di negara China untuk mempelajari Bahasa Cina di salah satu universiti terkemuka, Universiti Peking, Beijing, China.

Cabaran yang diharungi

Menurut Aqilah Anuar, cabarannya bermula ketika dirinya tiba di China demi mempelajari bahasa baru. Kata Aqilah, dirinya terpegun dengan persekitaran berbeza yang pertama kali dilihatnya.

Advertisement

Semuanya sesuatu yang baru dan mencabar. Saya bermula dari bawah untuk mempelajari bahasa yang amat asing bagi saya.

aqilah

Tambahnya, perjalanan dirinya itu bukan sekadar untuk belajar Bahasa Cina tetapi juga untuk menyesuaikan diri dari sistem edukasi, budaya, hingga lah ke cara hidup yang baru.

Namun demikian, bukan mudah untuk dirinya mendaftar kursus ijazah sarjana muda termasuk peperiksaan HSK disebabkan sistem universiti tersebut. Oleh itu, Aqilah bertungkus-lumus berusaha bagi membuat persediaan masuk Universiti Peking tersebut.

Belajar tanpa mengalah

Selepas beberapa percubaaan, Aqilah telah berjaya mendaftar di Sekolah Pengajian Antarabangsa PKU (SIS) memandangkan sekolah tersebut banyak manfaat baginya.

Aqilah berkata, cabaran untuk dirinya yang berbangsa Melayu untuk menguasai Bahasa Cina itu bukan mudah. Lagi-lagi jika bahasa itu merupakan bahasa utama yang digunakan dalam pelajaran di sana.

Dia juga tak lupa proses untuk belajar karakter Cina yang memerlukan dirinya untuk menghafal ribuan perkataan Cina.

Ada masa saya rasa saya tak boleh teruskan. Tapi setiap perkataan yang saya belajar dan faham, terasa seperti kemenangan.

 

Saya ingat saya guna Google Translate untuk semuanya, itu lifeline saya. Tapi satu hari saya sedar yang saya dah tak perlu bantuan untuk berbual. Terimalah ketidakpastian. Disitu kita akan menemui diri kita sendiri.

cina

Bukan itu sahaja, Aqilah turut memberi nasihat kepada orang ramai yang ingin turut mencuba apa yang dilakukan olehnya. Baginya, kejayaan akan diraih bagi mereka yang berusaha. Itu merupakan motivasi untuknya sepanjang dirinya belajar di sana.

Saya ada satu kata motivasi  ‘坚持到底就是胜利’ (kejayaan milik mereka yang gigih berusaha) yang dicetak pada setiap halaman buku kerja rumah cuti kami sepanjang pra-universiti pertama saya.

 

qila

Pada Julai 2022, Aqilah dengan jayanya menamatkan program ijazah sarjananya dan rasmi mendapat ijazah dari Universiti Peking.

Masih menggunakan Bahasa Cina

Hingga lah ke hari ini, difahamkan Aqilah masih menggunakan bahasa tersebut dalam aktiviti sehariannya termasuklah ketika bekerja dimana dia mentafsir berita Cina ke Bahasa Inggeris atas tujuan analisis.

Tambahnya, disebabkan sudah terbiasa dengan Bahasa Cina, ketika berjumpa dengan rakan berbangsa itu, dengan mudah dirinya dapat berbual menggunakan bahasa mereka. Itu lah kejayaan Aqilah yang tak mudah diraih tapi berbaloi diharungi.

6 pelajar ke harvard
2 years ago

Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Berjaya Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...