Pelakon kacak, Nazim Othman menjadi perhatian orang ramai terutama golongan wanita selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram.
Menerusi video tersebut, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman dilihat sedang menyalin baju dan seluar di dalam kereta.
Jelas pelakon berusia 38 tahun itu, kadang-kala dia terpaksa bersiap di dalam kereta untuk menghadiri sesuatu acara.
Kadang-kadang memang terpaksa bersiap dalam kereta je..
Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen ialah apabila tubuh badannya yang sasa turut dapat dilihat di dalam video berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada juga peminat wanita yang seolah-olah tidak keruan melihat cara Nazim menyarungkan zip seluar.
Meninjau di ruangan komen, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menyamakan tindakan pelakon filem Sangkar itu dengan aksi pelawak, Mr.Bean.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.