“Orang Bukan Agama Islam Pun Nak Mengutuk, Susahlah” – Giliran Sajat Pertikai Teguran PU Syed Untuk Michelle Yeoh

Hiburan

“Orang Bukan Agama Islam Pun Nak Mengutuk, Susahlah” – Giliran Sajat Pertikai Teguran PU Syed Untuk Michelle Yeoh

Baru-baru ini, teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas PU Syed terhadap pelakon antarabangsa berasal dari Malaysia iaitu Michelle Yeoh kerana memenangi anugerah berprestij Oscar telah meraih perhatian hebat.

Jika sebelum ini pelakon Elvina Mohamad yang bersuara, kali ini usahawan sensasi Sajat pula mempertikaikan tindakan pendakwah berkenaan.

Advertisement

Sajat merasakan dakwaan PU Syed berkata kemenangan Michelle Yeoh tidak memberi sebarang manfaat adalah tidak relevan untuk dijadikan sebagai satu isu.

Bukan saja pertikaikan tindakan pendakwah tersebut, malah turut perjelaskan bahawa bukan bermakna ramai memberi ucapan tahniah menyokong pelakon itu tetapi sekadar meraikan kemenangannya saja.

Orang yang bukan seagama Islam pun nak kutuk-kutuk, susah lah. Perangai macam budak-budak.

Bahkan usahawan itu berkata sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam berbilang kaum dan agama, ia merupakan satu perkara yang harus diraikan kerana telah mengharumkan nama negara.

komen netizen

komen netizen

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan pandangan Sajat dan memuji kata-kata yang dilontarkan oleh usahawan tersebut.

elvina mohamad pu syed
1 year ago

"Kalau Da'i, Ustaz Buat Hal Tahu Sonyap!" - Elvina Mohamad Meluat PU Syed Persoal Rakyat Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...