“Kalau Da’i, Ustaz Buat Hal Tahu Sonyap!” – Elvina Mohamad Meluat PU Syed Persoal Rakyat Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Hiburan

“Kalau Da’i, Ustaz Buat Hal Tahu Sonyap!” – Elvina Mohamad Meluat PU Syed Persoal Rakyat Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Baru-baru ini, kenyataan PU Syed persoalkan ramai rakyat Malaysia berasa bangga dengan pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh memenangi anugerah berprestij, Oscar telah mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Bukan saja netizen berasa berang dengan pendakwah bebas itu, malah pelakon Datin Elvina Mohamad turut meluahkan rasa meluat terhadap kenyataan PU Syed itu di Instagram Storynya.

Advertisement

story ig elvina mohamad

Menurut Elvina, tidak salah untuk PU Syed mengucapkan tahniah terhadap kejayaan Michelle Yeoh daripada pertikaikan banyak hal.

Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit meluahkan rasa kesal kerana jika ada rakan seperjuangannya membuat hal, pendakwah tersebut tidak akan berkata apa-apa ataupun membuat sebarang posting teguran di platform media sosial.

Kalau para-para PU/DA’I/Ustaz buat hal, buat masalah takda pulak ustaz nak keluar kenyataan pape. Tau pulak sonyap!

Sekadar info, semalam tular satu kenyataan PU Syed ‘menasihati’ orang ramai untuk tidak berasa bangga dengan kemenangan Michelle Yeoh kerana ia sama sekali tidak memberi manfaat kepada urusan agama Islam.

PU Syed Michelle Yeoh
1 year ago

"Tak Bermanfaat Kepada Agama" - PU Syed Hairan Ramai Orang Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...