“Tak Bermanfaat Kepada Agama” – PU Syed Hairan Ramai Orang Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Hiburan

“Tak Bermanfaat Kepada Agama” – PU Syed Hairan Ramai Orang Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Pendakwah selebriti, PU Syed tampil mempertikaikan sikap mereka yang berbangga dengan kemenangan seorang rakyat Malaysia iaitu aktres Michelle Yeoh yang telah memenangi anugerah berprestij, Oscar semalam.

Kata PU Syed, orang ramai tidak seharusnya berbangga dengan sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada urusan agama Islam.

Advertisement

Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?

Kita tidak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama.

Hantaran status pendakwah itu kemudiannya menjemput pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Ada yang menyokong kenyataan PU Syed dengan alasan filem tersebut membawa urusan LGBT kepada penonton.

Setuju sangat, tak membawa apa-apa faedah buat kita orang Islam.

Filem yang dimenangi Oscar itu, berunsurkan LGBTQ tuan..

Terdahulu, Anugerah Akademi ke-95 Oscar telah menyaksikan anak kelahiran Ipoh, Malaysia iaitu Michelle Yeoh membawa gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Kemenangan Michelle Yeoh itu ternyata telah membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana aktres itu telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

madu miera leyana rosland
1 year ago

"Nak Tengok Pun Kena Merayu - Rayu" - Madu Miera Leyana Kecewa Tak Dapat Jumpa Anak Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...