(VIDEO) “Tolong Cari Dia..” – Lelaki Warga Asing Tiba-Tiba ‘Terjah’ Ketika Memandu, Wanita Kesal Tiada Siapa Datang Tolong Kecuali..

Kehidupan

(VIDEO) “Tolong Cari Dia..” – Lelaki Warga Asing Tiba-Tiba ‘Terjah’ Ketika Memandu, Wanita Kesal Tiada Siapa Datang Tolong Kecuali..

Satu video menjadi tular di Instagram apabila seorang wanita dilihat merakam situasi mencemaskan yang berlaku terhadap dirinya ketika dia memandu di bulatan Kampung Pandan menghala Times Square.

Dalam video tersebut, seorang lelaki warga asing tiba-tiba muncul di hadapan kenderaan, difahamkan dengan cubaan untuk ‘dilanggar’.

Advertisement

Wanita itu kemudian membunyikan hon dan menjerit kerana ketakutan serta panik akan keadaan tersebut.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu bertindak agresif dan memanjat kereta wanita itu dan menjenguk-jenguk ke dalam kenderaan.

Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila banyak kenderaan lain turut lalu lalang di kawasan yang sama namun tidak mengendahkan insiden menakutkan tersebut.

Yang paling sedih, banyak kereta lalu lalang tapi tak berhenti tolong pun.

Wanita itu bernasib baik kerana seorang lelaki India yang berbasikal melihat kejadian berkenaan dan membantu menghalau individu yang menyerang dan berkelakuan ganas berkenaan.

Video viralSumber : Instagram  

Dia juga memohon sesiapa yang menonton video dan mengenali lelaki India tersebut untuk memaklumkan dirinya untuk tujuan mengucapkan terima kasih di atas bantuan ketika dia berhadapan dengan saat-saat ngeri itu.

Pemilik video berkenaan kemudian terus memecut kenderaan dan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa gerun dengan situasi yang mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja dan berharap tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

influencer
10 months ago

"Saya Betul Tak Tahu.." - Influencer Dikecam Campur Jajan B*bi Dalam Makanan Berstatus Halal Di Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...