“Saya Betul Tak Tahu..” – Influencer Dikecam Campur Jajan B*bi Dalam Makanan Berstatus Halal Di Restoran

Kehidupan

“Saya Betul Tak Tahu..” – Influencer Dikecam Campur Jajan B*bi Dalam Makanan Berstatus Halal Di Restoran

Seorang pensohor media sosial menerima kecaman daripada warga maya gara-gara dia mencampurkan jajan berupa keropok babi ke dalam hidangan bakso yang dinikmatinya di sebuah restoran halal bertempat di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali, baru-baru ini.

Dalam video yang menjadi tular itu, netizen tampil mempersoalkan status kebersihan dan kesucian pinggan mangkuk serta peralatan yang digunakan bagi menikmati bakso berkenaan setelah ia dicampur dengan keropok babi itu.

Advertisement

Pensohor yang bernama Jovi itu kemudian sedar dirinya menjadi kontroversi dan tular sebelum tampil memohon maaf atas perbuatannya itu.

Jadi semalam ketika saya makan Bakso Afung yang berada di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dan saya makan dengan keropok babi yang saya beli di lapangan terbang Bali juga.

Saya benar-benar tak terfikir Bakso Afung itu halal dan saya tak boleh gabungkan makanan halal dan tak halal. Jadi saya ingin memohon maaf dari lubuk hati saya, kepada mereka yang berasa terkilan atau terganggu.

Netizen terutamanya warga Indonesia tampil meninggalkan komen berbaur teguran dan menasihatkan agar sesiapa saja tidak boleh mencampurkan barang makanan yang tidak halal dengan yang halal terutamanya ketika makan di restoran awam.

permohonan maafSumber : Instagram  

“Betul la, jangan campur halal dan tak halal. Perlu hormat kedai makanan atau minuman yang disahkan halal” tulis seorang warga maya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cirit birit
10 months ago

Anak Meninggal Dunia Setelah Cirit Birit 21 Kali, Ibu Kecewa Doktor Hanya Beri 3 Pek Air Garam - "Doktor Kata Tiada Dehidrasi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...