Anak Meninggal Dunia Setelah Cirit Birit 21 Kali, Ibu Kecewa Doktor Hanya Beri 3 Pek Air Garam – “Doktor Kata Tiada Dehidrasi”

Kehidupan

Anak Meninggal Dunia Setelah Cirit Birit 21 Kali, Ibu Kecewa Doktor Hanya Beri 3 Pek Air Garam – “Doktor Kata Tiada Dehidrasi”

Semalam, seorang ibu meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah klinik kesihatan di Bentong yang didakwanya gagal mengesan tanda awal masalah kesihatan yang dihidapi anaknya sebelum disahkan meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran panjang lebar yang dimuat naik di Facebook, wantia yang dikenali sebagai Erma Iswani itu memaklumkan bahawa dia telah membawa anaknya yang berusia 2 tahun enam bulan untuk diperiksa setelah mengalami cirit birit sebanyak 21 kali.

Advertisement

Anak saya telah mengalami cirit birit dari tengah malam hingga ke pagi sebanyak 21 kali. Saya juga ada beritahu doktor bahawa anak saya tak aktif seperti biasa dan doktor juga maklum yang anak saya seorang OKU yang mempunyai masalah GDD.

Namun begitu, petugas kesihatan klinik kesihatan terbabit hanya memberikan preskripsi tiga peket ubat air garam dan doktor hanya mengatakan anak wanita itu mungkin terkena keracunan makanan.

Berikutan itu, Erma mengharapkan ada tindakan selanjutnya seperti ujian darah ataupun dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

Anak cirit birit 21 kaliSumber : Facebook  
cirit biritSumber : Facebook  

Setelah pulang, keadaan kanak-kanak tersebut dilihat semakin membimbangkan dan Erma mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik swasta Bentong bagi mendapatkan rawatan.

Setelah dibawa ke hospital, anak Erma dimasukkan ke NICU dan ditidurkan kerana keadaanya yang semakin kritikal sebelum meninggal dunia pada Isnin.

Erma yang menuntut penjelasan daripada doktor KK Bentong berasa terkilan kerana pengesanan awal hanya mendapati anaknya tidak memerlukan ujian darah selain beranggapan situasi 21 kali cirit birit itu mungkin tidak dipandang serius.

Kalaulah benar itu prosedur klinik kesihatan sekarang, saya sangat hampa! 21 kali anak saya cirit birit itu mungkin tidak dipandang serius. Dalam masa tiga jam anak saya jadi kritikal. Saya hilang senyuman anak saya dalam masa 1 hari je.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

baby
10 months ago

Lagi Kes Kecuaian Hospital, Tangan Bayi Berusia Kurang 2 Bulan Bengkak - "Mana Korang Belajar Ye??"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...