Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sepasang kekasih yang berkongsi pengalaman mereka apabila tersalah menghadiri majlis kenduri rakan mereka telah mendapat perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, pasangan itu telah sampai ke satu majlis kenduri lalu bertanyakan kepada rakan mereka melalui message aplikasi Whatsapp samaada majlis kenduri yang mereka hadiri itu adalah majlis rakan mereka.
Apa yang menghiburkan adalah apabila rakan mereka mengatakan majlis kenduri yang dihadiri mereka itu bukan majlis kenduri rakannya.
Semalam kenduri aku, tu yang aku tengok kau tak ada pun, tempat ni betul tapi kenduri semalam.
Walaupun mengetahui bahawa mereka sudah tersalah hadir ke majlis kenduri orang lain, pasangan itu terpaksa makan di majlis kenduri tersebut kerana sudahpun dijemput masuk dan duduk di meja makan tetamu.
Tetaplah makan even salah kenduri.
@waraaaaaah Dia suka ajar bukan bukan ?
Meninjau di ruangan komen, pasangan itu memaklumkan bahawa mereka sudahpun menghubungi pengantin majlis tersebut dan pengantin majlis itu sendiri turut sudah menghalalkan makanan yang dijamu mereka.
“No worries gais, wara already contact saya. Saya pengantin tu. Saya dah halalkan. Rezeki dia mai. Tkpe,” tulis pengantin tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen terhibur dengan kisah pengalaman yang dilalui pasangan itu.
“HAHAHHAHAHA siap dapat doorgift,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.