Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran daripada seorang pengguna yang mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang cuba untuk memecah masuk rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video rakaman CCTV, dilihat kelibat seorang lelaki menunggang motosikal yang cuba membuka cermin pintu gelangsar atau sliding door rumah berkenaan ketika penghuni sedang bekerja.
Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 5.47 petang, semalam.
Aku pelik sebab sliding door belah tu tak pernah pakai.
Malah, lelaki itu turut cuba untuk mengeluarkan ‘sesuatu’ dari beg bagi membuka pagar namun selepas ternampak CCTV, dia terus melarikan diri.
Bagaimanapun, pemilik video telah berjaya mendapatkan nombor pendaftaran motosikal lelaki itu dan dipercayai adalah nombor yang didaftarkan atas sebuah kereta jenis Toyota.
Check cctv ada orang cuba masuk rumah aku. Maybe dia perasan ada cctv dia terus cabut. Dekat gate tu dia mcm ada keluarkan something dari beg dia. pic.twitter.com/hQYk77MscE
— ??????²³??? Seller iPhone! (@Tsgxy_) June 27, 2022
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pesanan agar pemilik rumah supaya sentiasa berhati-hati walaupun di siang hari.
Pukul 5 petang time peak hour orang balik kerja buat job. Berani sangat ni – netizen.
“Gate kena mangga bro lepas ni. Tak kira siang ke malam. Ada orang kat rumah pun mangga je. Lebih selamat. Orang macam ni dia hati kering. Kena berjaga selalu,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.