Umum sedia maklum sekiranya bekerja dalam anggota polis perlulah tangkas dan aktif dalam menjalankan tugas kerana ianya satu kepastian yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar polis.
Oleh itu, pelbagai latihan yang ekstrem yang perlu dilakukan oleh seorang individu sebelum diterima masuk ke dalam unit dan beberapa proses yang melibatkan fizikal dan mental akan diambil kira.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai @piqalee, apabila dia mengecam seorang wanita dalam latihan menembaknya kerana pergerakan wanita tersebut sangat lambat dan tidak tangkas.
macam ni ke asp tangkap orang huhu https://t.co/slra450Tqe pic.twitter.com/cGlAElp3na
— piqalee ? (@piqalee) April 24, 2022
Ramai juga warga Twitter yang turut sama mengecam bukan sahaja wanita itu tetapi turut juga menyatakan bagaimana wanita itu tergedik-gedik dan wanita itu hanya ‘control‘ ayu semasa latihan itu.
Ada juga yang memuji ketepatan wanita itu menembak dan mengawal senjata api dan ada juga yang menyatakan bahawa anggota wanita itu mengalami masalah lutut dan itu menyebabkan pergerakan wanita itu terbatas.