“Memalukan!” – Teruja Raih Beribu Tontonan Di ‘Live’ TikTok Semasa Bertugas, Anggota Polis Dikecam

Berita

“Memalukan!” – Teruja Raih Beribu Tontonan Di ‘Live’ TikTok Semasa Bertugas, Anggota Polis Dikecam

Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial Twitter memaparkan seorang pegawai wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat live di TikTok ketika sedang menjalankan tugasnya.

Hal itu telah menarik perhatian netizen yang berasa hairan pegawai itu boleh membuat live terbabit biarpun semasa dalam operasi dan turut ada anggota polis yang lain.

Advertisement

Difahamkan dari live TikTok yang dimuat naik semula di Twitter itu, anggota polis wanita berkenaan turut berasa teruja apabila beliau meraih 1,900 tontonan daripada pengguna platform tersebut.

Dalam pada itu, dia tidak melepaskan peluang ‘mempromosikan’ akaun TikToknya agar dapat meraih 1000 pengikut biarpun sedang bertugas ketika itu.

Tindakan anggota berkenaan telah mendatangkan persoalan terhadap netizen sama ada pegawai polis yang sedang bertugas dibenarkan melakukan hal sedemikian.

komen twitter

Ada juga netizen berpendapat perkara yang dilakukan itu sememangnya tidak profesional dan meminta agar Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan terhadap pegawai itu serta berharap ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

ibu halang anak buat baik
2 years ago

"Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip, Nak Jadi Pekerja Ke" - Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...