(VIDEO) Terang-Terangan Buka Seluar, Penagih Dadah Warga Asing Cuba Cabul Warga Emas Di Tempat Awam

Berita

(VIDEO) Terang-Terangan Buka Seluar, Penagih Dadah Warga Asing Cuba Cabul Warga Emas Di Tempat Awam

Memetik Buletin TV3, seorang lelaki warga asing dilaporkan mencuba untuk melakukan perbuatan cabul terhadap seorang wanita warga emas di tempat awam iaitu berlokasi di Jalan Bunga Tanjung, Ampang.

Suspek yang telah pun ditahan pihak polis itu juga disahkan positif dadah dan turut memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Advertisement

Video aksi tidak senonoh itu turut dirakam oleh orang awam sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam di mana pihak mereka telah menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah berusia 71 tahun pada hari kejadian.

Suspek yang juga penagih dadah telah ditahan orang awam di lokasi kejadian, selepas mangsa menjerit meminta tolong.

Sepasukan polis dari Balai Pandan Indah telah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun terbabit.

Suspek juga dilaporkan mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah dan telah direman 4 hari bagi tujuan membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

politician gangguan seksual
9 months ago

Tular 'Screenshot' Laporan Polis, Timbalan Presiden Parti Politik Didakwa Buat Gangguan Seksual Terhadap Isteri Orang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...