Tular ‘Screenshot’ Laporan Polis, Timbalan Presiden Parti Politik Didakwa Buat Gangguan Seksual Terhadap Isteri Orang?

Berita

Tular ‘Screenshot’ Laporan Polis, Timbalan Presiden Parti Politik Didakwa Buat Gangguan Seksual Terhadap Isteri Orang?

Tular di media sosial Twitter hari ini mengenai satu tangkap layar laporan polis yang mendakwa timbalan presiden sebuah parti politik berhadapan dengan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang.

Dalam laporan tersebut, pengadu yang bekerja sebagai kerani berusia 37 tahun membuat laporan terhadap figura politik itu yang didakwa mengatakan ayat berbaur lucah ketika dia sedang berjalan masuk ke pejabat.

Advertisement

Laporan Polis

Wow geram tengok rasa nak tarik masuk dalam toilet

Berikutan kata-kata itu, wanita berkenaan telah melaporkan hal tersebut kepada suami dan pasangannya telah menasihatkan dia untuk membuat laporan polis.

Laporan polis itu dibuat untuk mempertahankan diri dan mahu pelaku itu dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam laporan itu turut menulis nama Faizal Azumu yang pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Perkembangan terkini, Faizal Azumu telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan telah melaporkan kepada polis berkenaan kenyataan yang tular itu.

Faizal AzumuSumber : Instagram  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Guru tak hadir mengajar
9 months ago

Guru Dibuang Kerja Dapat Semula Jawatan, Tak Hadir Mengajar Selama 4 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...