Guru Dibuang Kerja Dapat Semula Jawatan, Tak Hadir Mengajar Selama 4 Tahun

Berita

Guru Dibuang Kerja Dapat Semula Jawatan, Tak Hadir Mengajar Selama 4 Tahun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah membenarkan permohonan semakan kehakiman Yahaya Wahi,44, seorang guru yang telah ditamatkan perkhidmatan kerana gagal melaporkan diri selama 1,535 hari akibat fobia air untuk mengembalikan jawatannya yang sudah bergelar pengajar selama 18 tahun.

Difahamkan, Yahaya mengalami masalah fobia terhadap air kerana pernah lemas ketika kanak-kanak dan gagal hadir selepas mengetahui dia terpaksa menaiki bot ke sekolah.

Advertisement

Empat tahun kemudian, Yahaya kembali mengajar di sekolah RPS Kemar, Gerik selepas menemui jalan darat ke sekolah.

Yahaya sebelum itu telah ditamatkan perkhidmatannya dan mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Taiping untuk urusan pembatalan pemecatan untuk dilantik semula sebagai guru di mana-mana sekolah lain yang boleh dilalui dengan jalan darat.

Yahaya yang disokong dengan bukti perubatan dan konsisten dilaporkan mengalami ketakutan seperti pucat muka dan muntah beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah ketika menaiki bot.

LemasSumber : Google  

Proses yang tidak adil telah dilakukan responden yang dinamakan iaitu Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia; di mana mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Yahaya daripada perkhidmatan perguruan di sebalik alasan perubatan yang teruk.

Sehubungan itu, mahkamah telah mengetepikan keputusan responden yang menamatkan perkhidmatan Yahaya dan mengembalikan jawatan berkenaan kepadanya.

Baca laporan penuh di Harian Metro.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dera
9 months ago

Anak Umur 9 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Teman Lelaki Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...