(VIDEO) “Tengah ‘Berubat’ Kot…” – Syamsul Yusof Tampil Berimej Baru, Netizen Komen Raut Wajah Nampak Sedih

Hiburan

(VIDEO) “Tengah ‘Berubat’ Kot…” – Syamsul Yusof Tampil Berimej Baru, Netizen Komen Raut Wajah Nampak Sedih

Tular baru-baru ini mengenai satu video TikTok memaparkan keadaan pengarah terkenal Syamsul Yusof dengan imej baharu.

Dalam video tersebut, Syamsul dilihat bergambar dengan seorang kanak-kanak lelaki dan berambut pendek serta lebih kemas.

Advertisement

Pengarah berusia 39 tahun itu juga sempat menasihatkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Zarriel itu untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa Syamsul kini sedang ‘berubat’ namun tidak diketahui atas sebab apa.

Ada juga warga maya yang mengatakan bahawa riak wajah bekas suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu sedikit sedih dan semakin kurus.

Sol nampak sedih air muka tu. Moga back to the old shamsol.

Mengimbas kembali, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana mula berantakan setelah hadirnya orang ketiga iaitu Ira Kazar yang kini sudah sah menjadi isteri kepada pengarah itu.

Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya bercerai pada pertengahan Jun lalu dan turut mempunyai dua oran anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zaiza
5 months ago

"Anak-Anak Aku Kau Pegang..Gila Talak" - Bekas Menantu Datuk Zainal Abidin Tak Tahan Diganggu Bekas Suami, Siap Buat Akaun Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...